Kami xbodoh

Kami selalu dikatakan bodoh kerna xreti mmbaca n menulis.. apakah sebab itu kmi dipanggil sedemikian??.. tapi kmi reti bercakap.. terdapat sglintir insan yg macam aku didunia ini dan aku selesa mengelarkan diri kami ini kurang pandai dan bukannya ‘bodoh’.. aku xmenafikan aku xreti membaca n menulis tapi kami diangerahkan kemahiran lain.. xsemestinya orang yang macam aku xakan berjaya dalam hidupnya..
Macam kisah hidupku..
Aku dibesarkan oleh pengasuh sejak aku masih bayi.. mak bapak aku sibuk brkerja.. sampai aku menganggap merekalah ibu bapa aku yang sebenar.. sehingga hari ini aku masih xdapat lupakan masakan air tangan mak pengasuh aku .. tapi kini mereka telah meninggalkan aku sendiri.. aku kurang mendapat belaian manja dari insan yang telah melahirkanku dimuka bumi ini.. aku ke tadika kemas bagan belat, mak pengasuh aku yang hantar dengan menaiki basikal.. semasa aku dekat tadika aku masih tidak boleh mengenal abc seperti murid2 yang lain.. pada suatu hari cikgu buat test untuk menguji sama ada anak muridnya reti membaca abc.. cikgu memberitahu sapa yang reti mengenal huruf dapat duduk dikerusi n sapa yang xreti duduk di lantai.. semestinya aku duduk dilantai kerna aku xdapat membezakan yang mana huruf G dengan H.. mesti anda sebagai pembaca mempertawakan ku bukan.. inilah realitinya.. sekarang budak tadika berumur 4thn dah tau A hingga ke Z.. tapi aku??
Beralih pulak semasa aku  dizaman persekolahan.. aku ditempatkan dikelas yang kurang pandai sekali iaitu kelas 1 Merah.. bukan saja aku xreti membaca n menulis malahan mengira pun aku xreti sehinggakan kak aku yang kena membelikan makanan dikantin untukku.. sehingga suatu hari, disebabkan kak aku keluar lambat, aku memberanikan diri membeli makanan sendiri.. sejak hari itu aku sudah reti membeli makanan dikantin.. n ada cerita yang aku xdapat aku lupakan sehingga kini.. cikgu memanggil aku datang ke depan untuk menyebut perkataan yang terdapat dipapan hitam.. malangnya aku tidak tahu membaca menyebabkan cikgu naik marah dan ingin menjolokkan pembaris panjang didalam mulutku.. tapi aku amat berterima kasih pada cikgu.. sebab cikgulah kini aku menjadi seorang murid yang bukan bodoh..

ni keputusan result ku masa darjah satu..
walaupun blh dikatakan ok..
tapitgk plak masa darjah 2..

Masa aku darjah 2.. aku ditempatkan dengan golongan yang agak pandai iaitu 2hijau(kelas kedua terbaik) sebab aku dapat no 10 dalam kelas 1merah.. masa itu aku masih dtakok lama.. masih xreti membaca dan menulis.. tidak seperti kakak2 ku.. mesti mereka malu mendapat adik yang macam aku ni kan.. setiap tahun mereka mendapat anugerah pada hari kecemerlangan.. n setiap tahun juga mak n ayah ku pergi ke hari anugerah kecemerlangan.. dan aku hanya menyaksikan kedua kakakku naik ke pentas menerima hadiah.. berbalik semasa aku didarjah 2.. aku kena rotan dan berdiri sehingga tamat waktu cikgu matematik kerana aku tidak reti menghafal sifir 2.. semasa periksaan akhir tahun aku mendapat markah yang teruk sangat.. cikgu bahasa melayu memanggil nama setiap murid sambil membaca markah yang kami dapat.. tiba2 apabila nama aku diumumkan cikgu memandangku sambil mengeleng kepala.. tahu x bapa yang aku dapat?? Hanya 14% daripada 100% maknanya aku fail bahasa melayu..

teruk betulkan pemahaman aku..
reti je ckp tapi xreti menulis..

Akhirnya aku ditempatkan sekali lagi dikelas 3 merah.. kerna mendapat no last dalam kelas 2hijau.. dari situ, aku mendapat kehidupan yang baru kerna guru kelas ku tidak mahu melihat anak2 muridnya tertinggal belakang dari murid yang lain.. cikgu mula mengajar kami membaca dan menulis dari mula.. macam masuk di tadika balik.. aku mula mengenal apa itu membaca dan menulis.. sememangnya aku memang seorang yang lembab.. betul kata pengajar memandu aku sekarang.. dia kata padaku lembab betul aku bertindak, macammanalah hendak menjadi pemandu yang berhemah.. aku xmenafikan aku lembab.. jadi aku perlu rajin jika mahu menempah kejayaan.. impian aku tertunai jugak untuk naik menerima hadiah semasa hari anugerah.. walaupun mendapat no 1 dikelas yang last xlah dikatakan membanggakan bagi segelintir orang tapi bagi aku ini merupakan batu loncatan untuk yang pertama kalinya.. dan sekali lagi aku berterima kasih  kepada cikgu.. jika tidak kerana cikgu mungkin aku seperti dulu..

tgk..
aku dah xdapat pen kale merah lagi dah..
alhamdulillah..

 masa aku darjah 4 aku betukar sekolah yang lebih dekat dengan rumah aku.. walaupun aku sudah reti membaca dan menulis tapi ada sentence2 ayat yang belum aku reti menulis n membaca.. contohnya tv.. nak tulis perkataan tu aku masih teragak2.. televesyen ka? Telivisyen ka? Television ka?.. semua ejaan ni salah bukan.. macam tu lah aku semasa darjah 4mutiara.. masih merangkak2 membina ayat.. tapi bm aku lebih ok dari bi..

tgk sekarang..
bI pulak yang berdakwat merah..
ottoke(mcmmana ni)??

Begitu jua semasa aku darjah 5belian.. pada masa tu bahasa inggeris aku pulak yang teruk.. ada satu kisah dimana cikgu menyoal setiap ank muridnya tentang singular n plural.. semasa tang aku, aku mmberi jawapan yang salah pada cikgu.. maka cikgu mendenda satu kelas dengan memberi homework.. menyebabkan pelajar2 lain marah dekat aku..
Sekali lagi aku bertukar sekolah kerana masalah keluarga belah ayah.. aku dimasukkan dikelas 5pintar.. masa tu aku paling xsuka masuk kelas bi sbb cikgunya garang sgt.. pernah satu hari aku buat2 pening sbb xmau p sekolah.. entah apa2 lah aku nikan.. camna nak berjaya kalu berperangai cmtu..

tgk apa yg teacher describe tentang aku..
itulah kenyataannya..

waktu aku darjah 6.. buat pertama kalinya aku ditempatkan dikelas yang pertama iaitu 6 bijak.. so, aku kna bersaing dengan orang yang lebih pandai dari aku.. memang susahlah nak lawan depa.. aku takut sangat kalu aku xleh dapat yang terbaik macam kakak2 aku.. masalah aku dgn bi masih x settle lagi.. nasib baik xdapat merah dah.. kputusan upsr aku dapat 4A 1B, alhamdulillah result aku sama macam kakak2 ku.. n buat pertama kali gak aku dapat B dalam subjek bi.. kalu x E, C, D je.. 

 dan sememangnya benar ulasan cikgu masa trial upsr

alhamdulillah daripada xreti baca..
tapi sekarang aku dah buktikan aku boleh membaca..
dulu aku fail tapi sekarang xlagi..
cuma bi aku masih dtakok lama..





Bersambung~